Strategi Efektif Pemasaran Produk

Ramai dalam kalangan kita yang berniaga sama ada secara full time atau part time menghadapi kesukaran untuk memasarkan produk masing-masing.Meh kitorang kongsi sikit strategi pemasaran produk yang efektif. Tak dapat bantu banyak dapat sikit pun jadilah kan. Mudah-mudahan urusan perniagaan korang dipermudahkan dan dapat menjadi usahawan yang berjaya. Amin

Produk berkualiti merupakan elemen yang sangat penting bagi memastikan pemasaran produk anda berjaya. Seorang usahawan yang baik tentu akan menjual hanya yang terbaik dan menepati cita rasa pelanggan. Sekiranya anda belum mempunyai produk sendiri atau masih menjual produk orang lain, pastikan produk berada dalam keadaan kemas serta menekankan aspek pembungkusan dan penghantaran yang baik. Perkara ini bagi memastikan kualiti produk dan servis berada pada tahap yang memuaskan.

Produk yang berjaya menembusi pasaraya baik besar atau kecil selalunya lebih mudah menambat hati pengguna. Ini kerana mempunyai tempat jualan yang strategik membantu memudahkan urusan pemasaran produk serta membantu mencapai penjualan yang tinggi.

Majoriti masyarakat kita kini mempunyai telefon pintar dan gajet masing-masing dengan capaian jalur lebar yang meluas di seluruh negara. Justeru hampir keseluruhan daripada kita mempunyai akaun media sosial baik di Facebook, Twitter mahupun Instagram. Anda boleh memanfaatkan media sosial sebaik mungkin untuk tujuan pemasaran produk dengan meningkatkan ‘’brand awareness’’ produk.

Tawaran menarik mampu menambat hati pelanggan yang mahukan nilaian lebih atas wang yang dibelanjakan. Oleh itu anda boleh memberikan tawaran menarik sebagai strategi pemasaran seperti menawarkan harga yang lebih rendah, memberikan hadiah menarik atau menjalankan promosi “Beli 1 Percuma 1”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top